26 Oktober, 2020

Latihan Berjalan

Isnin 26 Oktober 2020, latihan berjalan lagi dan lagi...Ok
...Ain nak keluar tu tapi keadaan tak sesuai sebab ada anjing liar sedang berkeliaran di luar tu...Ain tak puas hati tu 😂😂😂
...

15 Oktober, 2020

Ain Mengunjungi PPUKM

Selasa 6 Oktober 2020, saya dan Ain ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk urusan mrngambil darah untuk ujuan klinikal Neuro...
___...Khamis 8 Oktober 2020 sekali lagi saya bersama Ain ke PPUKM untuk temujanji Kkinik Gigi Ain jam 2.30 petang. Seperti biasa ayah Ain hanya menghantar kami sahaja dan semua urusan Ain saya yang kena uruskan...___________________Rabu 14 Oktober 2020 Ain ada temujanji Klinik Neuro. Hari ini saya terpaksa memandu sendiri kerana ayah Ain berada di kampung. Mujurlah ada adik Ain..kalau tidak..pastinya saya akan menghadapi kesukaran untuk membawa Ain ke klinik kerana lalui pintas dari parking ke ground floor ditutup. Ini bermakna saya terpaksa menolak kerusi roda Ain mengikut laluan kereta naik ke atas dan ianya laluan yg jauh. Hari ini juga merupakan bermulanya arahan PKPB bagi negeri Selangor (Lembah Klang) kerana itulah ayah ayah tidak mahu balik ke Selangor kerana nanti dia tak dapat balik semula ke Perak untuk urusan ternakan di kampung...Urusan di klinik agak ketat...lama juga kami menunggu dan adik Ain terpaksa menunggu di luar klinik kerana hanya dua orang saja dibenarkan berada dalam klinik......Selesai urusan klinik...saya ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat-ubat Ain. Ain saya tinggalkan bersama adik Ain di luar farmasi...Usai urusan mengambil ubat Ain dan adik Ain saya tinggalkan diruang menunggu di pintu masuk hospital. Saya ke ruang parking untuk mengambil kereta dan saya perlu keluar dari kawasan hospital sebab jalan dari parking ke ruang hospital sudah ditutup. Jadi saya perlu keluar dahulu dan buat U turn semula masuk ke kawasan hospital untuk mengambil Ain dan adiknya. Sebelum pulang ke rumah kami singgah membeli makanan kerana sejak pagi kami belum sempat sarapan. Jam sudah hampir waktu zohor, sudah tentulah kami sudah lapar dan dahaga. Lihatlah betapa dahaganya Ain..kesian kami. Pendamik covid-19 ini benar-benar telah menyulitkan kehidupan. Semoga covid cepat pergi, aamiin...