28 November, 2019

Terapi Berkuda

Rabu 27 November 2019, terapi berkuda di Royal Selangor Polo Club. Hari ini Ain berpeluang menunggang Reimy buat pertama kalinya. Saya dan mr. Terrence sebagai helpers, manakala mrs.Santhi sebagai leader..

26 November, 2019

Ain menunggu giliran berjumpa Doktor

Selasa 26 November 2019, Ain sabar menanti giliran berjumpa Doktor...Dah macam boring je dia....saborrrr jelaaa...

25 November, 2019

Santai Di Taman Universiti

Sabtu 22 November 2019, sebelum balik ke Perak saya, Ain dan encik suami singgah di Restoran Ulung Paya untuk misi mencari kerusi roda. Selain membeli kerusi roda baru yang harganya ribuan Ringgit Malaysia...Ain juga mendapatkan kerusi roda terpskai dari Jepun yang diurus oleh pihak Aleps. Kerusi roda terpakai ini masih baik dan biasanya berkualiti cumanya mungkin ada part-part yang kita perlu perbaiki atau make over mengikut citarasa sendiri......Ahad 23 November, Ain santai ronda-ronda di halaman rumah......
...Penat ronda-ronda Ain rehat santai di dalam rumah...

15 November, 2019

Persediaan Untuk Karnival Para Bandaraya MBPJ

Jumaat 15 November 2019, jam 3 petang saya dan Ain meluangkan masa membantu penyediaan coart boccia untuk Karnival Para Bandaraya MBPJ di Dewan D'Kelana. Sebelum itu sebelah paginya saya membawa Ain membuat latihan di dewan latihan PBS......Kami balik hampir jam 7 malam.

04 November, 2019

Aktiviti Riadah Geng Boccia

Ahad 3 November 2019, Ain bersama geng Boccia beriadah renang di Recreational Hub Tropicana Heights Kajang...
...Sambil berenang dapat melihat team Scuba diving buat latihan scuba. Teruja Ain melihat aktiviti mereka...