20 Januari, 2020

Training Frame Football - GAPS


Sabtu 18 Januari 2020 untuk kali ke dua Ain turun training FF. Harini saya datang ke Foram 19 PJ berdua dengan Ain saja sebab ayah Ain balik kampung atas urusan Nur Ain Agro Farm. Macam biasalah, setiap kali ada latihan FF...Ain mesti enjoy. Pergerakan berjalan dan berlari Ain semakin bagus. Kelihatan juga Ain sudah mula boleh mengawal pergerakan tayar depan walker crocodile nya. Walaupun belum cukup bagus tapi sudah ada perubahan, Alhamdulillah......Sebelum sesi latihan bermula, sedikit gerakan regangan dilakukan......Kemudian latihan di mulakan mengikut arahan couch dan dibantu oleh volunteer dari UM cik/puan Suhaila...__________

14 Januari, 2020

اکتيۏيتي عين برنڠ برسام ايه دان امق

Ahad 12 Januari 2020 saya, ain dan ayah Ain mengunjungi Recreational Hub at Tropicana Heights Kajang untuk aktiviti riadah berenang. Bukan main seronoknya Ain sebab ayahnya ikut sama berenang......Selain itu kami dapat berkenalan dengan rakan FB cikgu Maliza Nordin yang sudi datang jumpa Ain......L
...Lepas berenang mestilah lapar. Kami singgah beli nasi arab di Restoran Half Moon...

04 Januari, 2020

Ain Santai di Home Spa Ice Therapy

Bermula dari rasa takut-takut (tahun 2014) kami latih Ain perlahan-lahan. Bina keyakinan...bukan mudah sebenarnya, tapi tidak mustahil. Yang penting kita fikir positif. Beri ruang dan peluang
Terima kasih pemilik, perawat dan staf-staf CVT/HOME SPA ICE THERAPY kerana di sinilah Ain dapat peluang belajar berenang selain menjalani rawatan alternatif...
Urutan seluruh badan kerana masalah scoliosisnya. Di sini juga Ain buat rawatan mandian ais (hdi). Alhamdulillah. Hari ini Jumaat 3 Januari 2020 mAin turun ke Home Spa Ice Therapy untuk berenang dalam kolam air bergaram dan membeli beberapa produk CVT yang Ain perlukan......Ain sangat gembira hari ini. Jom tengok video-video ini...
       

01 Januari, 2020

Video Exklusif Kenangan Terapi Berkuda Ain

2005 Ain memulakan terapi berkuda (rda) di Malay Armed Forces Equestrian Centra (MAFEC) hingga 2015. Terima kasih kepada warga rda MAFEC yang banyak meluangkan masa membantu bagi melaksanakan aktiviti terapi berkuda ini. Semuanya menjadi kenangan abadi buat kami.masa itu (2005) umur Ain baru 8 tahun. Manja ain dengan abang-abang MAFEC...Semuanya menjadi kenangan. Terima kasih semua...budi baik semua tetap dikenang. Semoga budi baik anda semua diberi ganjaran pahala yang besar di sisiNYA DAN semoga MAFEC akan lebih maju di tempat baru (Sendayan), aamiin. Caramel, Julie dan Sultan..nama-nama kuda Rda MAFEC yang masih diingati...
...Usai meninggalkan RDA MAFEC kerana kekurangan kuda dan pembantu program rda, tahun 2016 terapi berkuda Ain berpindah ke rda di Royal Selangor Polo Club Ampang Hilir....Video di bawah ini merupakan kenangan Ain bersama beberapa volunteers.... Terima kasih kpd semua yang membantu Ain untuk aktiviti terapi berkuda dari tahun 2016 - 2019. Semoga budi baik itu diberi pahala yang besar di sisiNYA, aamiin...