26 Disember, 2020

Trip AKUDAKids - Part 2

Khamis 23 Disember 2021...Usai solat maghrib kami bersiap-siap untuk aktiviti makan malam. Tempahan telah dibuat oleh Dr.AJ dan cik Syiema. Sebelum gerak, pastilah ambil gambar kenangan......Suasana di tempat makan ikan bakar...________Pagi Jumaat 24 Disember 2020, kami berjalan kaki menuju pantai untuk aktiviti terspi pasir...
...Sampai di pantai, sementara menunggu kami menyiapkan tempat untuk memulakan aktiviti...Ain dan Aleeya berposing......Aktiviti dimulai dengan bacaan doa dari puan Syuhada. Kemudian kami bergambar......Semasa hendak mula menanam Ain dan Aleeya, hujan mulai turun tapi kami tekad meneruskan aktiviti terapi pasir dengan harapan hujan tidak lebat dan akan berhenti. Alhamdulillah, akhirnya hujan berhenti....
...Walaupun kesejukan, Ain dan Aleeya kelihatan seronok. Aktiviti kami diakhiri dengan pemberian cenderahati dari cik Syiema. Kami kemudian kembali ke bilik hotel untuk siap-siap daftar keluar. Sebelum pulang ke destinasi masing-masing kami bergambar di hadapan pintu loby hotel.......Ini vdeo penuh aktiviti kami sebagai kenangan terindah...

Trip AKUDAKids - Part 1

Tengahari usai solat zohor khamis 23 Disember 2020 saya dan Ain bergerak menuju Bagan Lalang Sungai Pelek. Jam 3 kami selamat sampai ke hotel penginapan kami di Hotel Seri Malaysia...
...Sementara menunggu peserta-peserta lain sampai semuanya, bergambarlah di ruang lobi hotel......Usai pendaftaran masuk kami masuk ke bilik masing-masing. Aya dan Ain sebilik dengan Aleeya, mama dan pengasuh Aleeya. Jam 4.30 kami berkumpul semula di ruang kolam renang hotrl untuk makan santai- santai dan riadah mandi kolam......Usai santai di kolam renang kami balik ke bilik untuk solat maghrib dan bersiap untuk makan malam di restoran ikan bakar Padang Lalang. Semua peserta diminta memakai pakaian berwarna pink...