20 Disember, 2020

Kunjungi MAFEC di Sendayan Negeri Sembilan

Lama dah teringin nak bawa Ain melawat tempat baru MAFEC, juga nak jumpa abang-abang RDA MAFEC Ain yang banyak berjasa untuk aktiviti terapi berkuda (rda) Ain dari tahun 2005 hingga 2015. Seawal pagi Sabtu 19 Disember 2020, saya memandu ke MAFEC mengikut location yang diberi. Sesekali bimbang juga takut tersesat tapi Alhamdulillah kami berdua akhirnya selamat sampai ke destinasi......Bila nampak je wajah salah seorang abang rda MAFEC iaitu Alif, Ain terus tersenyum. Ain masih mengenali wajah itu. Sementara Alif belum bertugas kami berbual-bual dan saling bertanya khabar. Sempat juga jumpa Mejar Aizat. Alhamdulillah..Mejar masih ingat lagi kami. Terima kasih kerana benarkan kami datang menyaksikan pertandingan tertutup ni......Ain dapat menyaksikan pertandingan horse jumping ...riuhlah mulut Ain. Dia suka sangat tengok kuda lompat-lompat ni. Kami dapat juga tengok peserta-peserta membuat latihan. Sambil tu sempat juga ambil gambar...
...Sambil tengok sambil makan roti sebab kami tak sempat sarapan di rumah tadi......Ain sempat posing dengan abang-abang askarnya tapi sebenarnya ada diantara mereka yang lebih muda dari Ain......Semasa pertukaran acara saya dan Ain beredar melawat persekitaran MAFEC . Sungguh luas tempat baru ni. Setiap sudut kami jelajahi. Teruja tengok.........Ain sempat duduk berehat sekejap di dalam bilik rehat abang-abang MAFEC, tapi dia tak mahu duduk lama di situ. Dia ajak keluar......Ain buat muka bila diajak balik rumah. Mahu tak mahu sambunglah jelajah kawasan sampai tak tahu nak pusing-pusing ke mana lagi...
...Sebelum balik Ain tengok persediaan Sjn. Dona untuk acara terakhir... ...Alhamdulillah, separuh hari di sini sangat mengembirakan Ain. In Sya Allah, ada rezeki kami datang lagi...