30 Ogos, 2020

Aktiviti BERKUDA & MEMANAH


...Tanggal 29 Ogos 2020 saya dan Ain menyertai program Pengenalan BERKUDA dan MEMANAH anjuran SSC RESOURCES dan SPECTRUM INTERNATIONAL SCHOOL yang berlangsung di Spectrum International School. Program tambah menarik lagi dengan hadirnya Penampilan istimewa Alfarabiband dan Pak Din. Jom kita selusuri peristiwa hari ini melalui paparan gambar-gambar dan video......Sebelum program bermula...Ain jalan-jalan dan pastinya ada slot posing-posing......Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan dan penerangan dari puan ustazah Nur Syuhada. Diikuti bacaan doa dan sedikit cerita peminat tegar kuda iaitu puan Rina Alfarabiband......Usai itu para peserta di bahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan membuat aktiviti memanah dan satu kumpulan lagi melaksanakan aktiviti kuda. Saya dan Ain memilih untuk aktiviti memanah......Usai aktiviti memanah kami berpindah ke ruang aktiviti kuda dan tumpuan utama kami di lokasi tengah arena di mana Alfarabiband sudah  siap sedia untuk menghiburkan para peserta.  AKUDA MUZIKAL pun bermula. Ain sangat teruja menyaksikan persembahan dari Alfarabiband.....Alhamdulillah, hari ini kami juga dapat bertemu dengan encik Nas Ahmad Terjah. Ain berkesempatan bergambar dengan mereka....

...