20 Ogos, 2020

Aktiviti Santai di Spectrum

Khamis 20 Ogos 2020, saya, Ain, puan Nazlida dan Aleeya berkunjung ke Spectrum International School. Turut bersama kami..ada puan Ustazah Nur Syuhada, cik Arya, puan Rina Alfarabiband bersama suaminya En Nazri Alfarabiband. Hari ini Ain bawa walkernya. Bersemangat Ain berjalan....
...Cik Arya membawa Zarra menemui kami. Zarra menghidu Ain dan Aleeya seperti menyatakan rindunya......Rezeki hari ini...encik Nazri Alfarabiband sudi mendendangkan beberapa buah lagu untuk menghiburkan Ain dan Aleeya. Bukan main seronok Ain dan Aleeya tu. Alhamdulillah, terima kasih encik Nazri kerana sudi meluangkan masa melayan dan mendendangkan lagu- lagu untuk mereka berdua. Semoga Allah melimpahi rahmtaNYA buat encik Nazri, puan Rina dan ustazah Nur Syuhada serta kepada semua yang terlibat, aamiin......
 
...Hari ini juga kami berpeluang bertemu dengan Pak Din pakar memanah. Kelihatan Ain menunjukkan minat mendengan info dari Pak Din......Ain diberi peluang memegang busur panah. Ain seronok, senyum memanjang dia......Sebelum pulang kami melihat dan membantu Arya memandikan Zarra dan MyStar...