22 Ogos, 2020

Majlis Perpisahan Dengan Tuan Pengarah JBS

Jumaat 21 Ogos 2020, atas jemputan puan Liza dari JBS saya dan Ain hadir untuk majlis perpisahan encik Sabran Pengarah JBS yang akan bertukar. Saya mengenali encik Sabran semasa penglibatan saya dengan sukan boccia khasnya untuk permulaan pesiapan menghantar kontinjen Boccia ke sukan Para SUKMA di Ipoh Perak pada tahun 2018. Untuk tanda kenangan, saya dan Ain telah menyiapkan sebuah lukisan yang simple. Memang ianya tidak secantik mana dan murah saja tapi ianya hasil tangan yang lahir dari sebuah keikhlasan sebagai tanda ingatan atas jasa baik encik Sabran......Ini gambar-gambar kenangan bersama encik Sabran. Gambar masa Para Sukma, masa pemberian esentif atas kejayaan Boccia disukan Para Sukma 2018 dan gambar masa majlis PBS di dewan latihan BOCCIA Selangor...