16 Oktober, 2019

Diveheart Malaysia 2019 & Video Exklusif Ain

Tanggal 4 - 6 Oktober 2019, Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong, UMT...
Di bawah ini pula video exklusif Ain semasa berada di Terengganu. Saya, Ain, ayah Ain dan rakan-rakan Boccia Shahrul dan Izmeer bersama keluarga mereka turut bersama menyemarakkan lagi aktiviti Special Ability Diver'19 - Person With Disability. Don't Panic! We are Special...

14 Oktober, 2019

Demo Latihan FF Sempena Bulan Sukan Negara

Sabtu 12 Oktober 2019 Ain dan beberapa rakan team Frame Football GAPS membuat demo latihan di KL Sport City Bukit Jalil sempena Bulan Sukan Negara. Kami bermula dalam jam 3 petang dan seperti biasa latihan mengambil masa sejam......Ain diberi kesempatan menjadi penjaga gol. Kelihatan hari ini Ain kurang bertenaga walaupun dia tidak berlari seperti sesi- sesi latihan sebelum-sebelum ini. Oleh kerana itu, saya banyak membantunya mengubah posisi walkernya untuk mengawal pintu gol. Agak sukar bagi Ain mengubah-ngubah walker yang berat itu apatah lagi dalam lingkungan petak penjaga gol yang tidak cukup luas untuk gerakan walker Ain. Ain juga masih belum cekap mengawal walkernya. Ain masih dalam situasi masih berlatih, belum cekap dan mahir lagi...

11 Oktober, 2019

Ain Tak Nak Balik - Ain Nak Tidur Hotel Lagi Part 5 (7 Okt.2019)

Kami tidak jadi balik rumah. Ain buat muka, dia tak nak balik rumah kita. Ain kata nak tidur hotel. Adoiyaaaa...Akhirnya kami mengambil keputusan tidur sehari lagi di Terengganu. Kami memilih menginap di Ce'Wer Chalet Rusila, Marang. Cantik tempat ni. Saya lampirkan gambar dalam dan lanskap luar chalet. tempat ni berhampiran laut. Dari dalam chalet boleh dengar bunyi desiran ombak...sangat mendamaikan tinggal di sini...___...
 
...Oleh kerana penat Ain terlelap hingga jam 6 petang. Usai Ain bangun kami membawa Ain menghirup angin laut. Kami duduk santai di luar kawasan chalet......Esoknya sebelum daftar keluar kami sarapan nasi dagang di halaman chalet sambil mendengar bunyi desiran ombak. Tak sampai hajat nak santai sarapan sambil pandang ke laut sebab pagini hari hujan pula......Kami singgah beli keropok dan singgah makan tengahari di Temerloh, nak makan nasi berlaukkan gulai tempoyak ikan patin. Usai makan kami meneruskan perjalanan ke Seri Kembangan Selangor. Sungguh menarik kembara kali ini. Semuanya menjadi kenangan terindah buat kami walaupun hajat saya untuk menyelam dalam laut tidak kesampaian, belum rezeki. Lain kali, In Sha Allah...