14 Oktober, 2019

Demo Latihan FF Sempena Bulan Sukan Negara

Sabtu 12 Oktober 2019 Ain dan beberapa rakan team Frame Football GAPS membuat demo latihan di KL Sport City Bukit Jalil sempena Bulan Sukan Negara. Kami bermula dalam jam 3 petang dan seperti biasa latihan mengambil masa sejam......Ain diberi kesempatan menjadi penjaga gol. Kelihatan hari ini Ain kurang bertenaga walaupun dia tidak berlari seperti sesi- sesi latihan sebelum-sebelum ini. Oleh kerana itu, saya banyak membantunya mengubah posisi walkernya untuk mengawal pintu gol. Agak sukar bagi Ain mengubah-ngubah walker yang berat itu apatah lagi dalam lingkungan petak penjaga gol yang tidak cukup luas untuk gerakan walker Ain. Ain juga masih belum cekap mengawal walkernya. Ain masih dalam situasi masih berlatih, belum cekap dan mahir lagi...