10 Oktober, 2019

Don't Panic We Are Special - Pulau Bidong Terengganu Part 3a (Hari ke 2 - 5 Okt.2019)

Sabtu 5 Oktober 2019, seawal pagi kami semua bangun dan pastinya kena menunggu giliran untuk mandi. Usai solat subuh kami bersarapan. Sementara menunggu aktiviti bermula saya membawa Ain menghirup udara nyaman waktu pagi dan melihat perserta-peserta diving membuat persiapan..._____
..Kemudian kami bergerak ke pantai. Beberapa buah bot sudah sedia menunggu kami. Sebelum menaiki bot kami mengadakan sesi bergambar. Suasana jadi sedikit riuh dengan gelagat masing-masing. Hari ini pihak penganjur menyediakan sebuah bot khas untuk kami yang tidak menyelam. Kami juga akan menyertaikan bot-bot yang membawa peserta-peserta menyelam ke lokasi pulau bersebelahan tempat penginapan kami......Perjalanan bermula, bukan main seronoknya Ain. Permandangan sekitar pun sangat menarik. Banyak keping yang sempat saya snap. Jom kita tengok ya......Tiba di jeti Ain, Izmeer dan Shahrul diangkat bersama-sama kerusi roda mereka...kena berhati-hati sebab bertangga dan laluan agak sempit tapi berkat tolong menolong..semuanya jadi mudah, Alhamdulillah...
  ...Sementara menunggu peserta-peserta menyelam selesaikan misi mereka kami sempat turun berenang berhampiran kawasan jeti dan aktiviti kami dimeriahkan dengan kehadiran artis Fauziah Latif (Duta UMT)...
.....