11 Oktober, 2019

Ain Tak Nak Balik - Ain Nak Tidur Hotel Lagi Part 5 (7 Okt.2019)

Kami tidak jadi balik rumah. Ain buat muka, dia tak nak balik rumah kita. Ain kata nak tidur hotel. Adoiyaaaa...Akhirnya kami mengambil keputusan tidur sehari lagi di Terengganu. Kami memilih menginap di Ce'Wer Chalet Rusila, Marang. Cantik tempat ni. Saya lampirkan gambar dalam dan lanskap luar chalet. tempat ni berhampiran laut. Dari dalam chalet boleh dengar bunyi desiran ombak...sangat mendamaikan tinggal di sini...___...
 
...Oleh kerana penat Ain terlelap hingga jam 6 petang. Usai Ain bangun kami membawa Ain menghirup angin laut. Kami duduk santai di luar kawasan chalet......Esoknya sebelum daftar keluar kami sarapan nasi dagang di halaman chalet sambil mendengar bunyi desiran ombak. Tak sampai hajat nak santai sarapan sambil pandang ke laut sebab pagini hari hujan pula......Kami singgah beli keropok dan singgah makan tengahari di Temerloh, nak makan nasi berlaukkan gulai tempoyak ikan patin. Usai makan kami meneruskan perjalanan ke Seri Kembangan Selangor. Sungguh menarik kembara kali ini. Semuanya menjadi kenangan terindah buat kami walaupun hajat saya untuk menyelam dalam laut tidak kesampaian, belum rezeki. Lain kali, In Sha Allah...