28 April, 2019

Terapi Berkuda Lagi

Rabu 24 April 2019 Ain terapi berkuda. Hari ini Ain menunggang Bandido......Sebelum balik kami singgah possing berhampiran kandang kuda dan kebetulan kuda itu sedang menjenguk tingkap kandangnya. Pandai kuda ni nak bermanja-manja bila diusap....

27 April, 2019

Majlis di Royal Selangor Polo Club

 .......Selasa 23 April 2019, Ain menghadirkan diri di majlis anjuran RDA. Happy je Ain hari ini...lihat video di atas tu...
...Sebelum  acara seterusnya Ain sempat buat aktiviti mewarna...aktiviti yang dia sangat suka......Inilah hasil mewarna Ain (Dengan bantuan)
..


19 April, 2019

Terapi Berkuda

Rabu 17 April 2019....Seperti biasa setiap hari Rabu Ain akan menghadirkan diri di Royal Selangor Polo Club untuk aktiviti terapi berkuda...Alhamdulillah hari ini rezeki kami serentak sampai, sempatlah berposing di laluan masuk ke lokasi arena latihan. Hari ini sekali lagi kelas dikendali oleh Datin Nor dengan dibantu 6 orang volunteers dan beberapa parents......Sementara menunggu kuda siap sedia, aktiviti regangan dilakukan kepada setiap rider......Hari ini Ain menunggang Kabana. Awalnya Ain kelihatan seperti takut mungkin rasa gayat sebab Kabana kuda yang lebih tinggi dari Dart. Setelah beberapa pusingan barulah Ain kelihatan gembira sambil membuat beberapa aktiviti pas-pas toy dengan rider abang yang menunggang Dart......Dalam jam 12 tengahari aktiviti selesai. Setingi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kelas terapi berkuda hari ini...