19 April, 2019

Terapi Berkuda

Rabu 17 April 2019....Seperti biasa setiap hari Rabu Ain akan menghadirkan diri di Royal Selangor Polo Club untuk aktiviti terapi berkuda...Alhamdulillah hari ini rezeki kami serentak sampai, sempatlah berposing di laluan masuk ke lokasi arena latihan. Hari ini sekali lagi kelas dikendali oleh Datin Nor dengan dibantu 6 orang volunteers dan beberapa parents......Sementara menunggu kuda siap sedia, aktiviti regangan dilakukan kepada setiap rider......Hari ini Ain menunggang Kabana. Awalnya Ain kelihatan seperti takut mungkin rasa gayat sebab Kabana kuda yang lebih tinggi dari Dart. Setelah beberapa pusingan barulah Ain kelihatan gembira sambil membuat beberapa aktiviti pas-pas toy dengan rider abang yang menunggang Dart......Dalam jam 12 tengahari aktiviti selesai. Setingi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kelas terapi berkuda hari ini...