30 Ogos, 2019

Terapi Berkuda Rabu 28 Ogos 2019

Seperti biasa rutin hari Rabu Ain ke Royal Selangor Polo Club di Ampang Hilir untuk aktiviti terapi berkuda. Hari ini kami sampai awal...jadinya Ain posing-posinglah dulu......Usai melakukan fizio regangan Ain siap sedia untuk menunggang kuda. Hari ini Ain menunggang Dart. Ela sebagai leader, manakala saya dan mr. Tom sebagai helpers......Hari ini mr. Muhtu tiada...tempatnya diganti puan Susan. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kelas terapi berkuda hari ini.

26 Ogos, 2019

PJ HALF MARATHON 2019

Ahad 25 Ogos 2019 saya dan Ain bersama beberapa pemain dan pengiring Boccia Selangor menyertai PJ HALF MARATHON 2019 di padang Timur Petaling Jaya. Seawal 6.30 pagi kami sudah berkumpul kerana dalam jam 7 pagi acara run run fun 3 kilometer akan dimulakan. Hari ini cuaca tidak berapa bagus. Kami terpaksa meredah hujan renyai tetapi itu tidak mematahkan semangat kami......Jam 8.10 pagi saya dan Ain sampai ke garisan penamat selepas menempuh laluan rata dan berbukit silih berganti dengan hujan renyai yang sesekali lebat. Sungguh menguji kami tapi kami enjoy.......Bila hujan mulai berhenti saya dan Ain bergerak menuju ke khemah peserta larian yang akan menerima hadiah. Untuk mengelakkan laluan yang becak kami mengikut laluan khemah VIP. Alhamdulillah rezeki Ain, wartawan/jurukamera meminta hendak mengambil gambar kami dengan DATUK BANDAR PETALING JAYA Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar, D.P.M.S., S.M.S. Usai bergambar kami sempat berbual-bual dengan tetamu-tetamu VIP. Mereka bertanyakan hal dan aktiviti-aktiviti Ain......Kemudian kami beredar ke khemah peserta yang akan menerima hadiah. Di pentas utama 2 orang persenaliti TV3 mengacarakan majlis. Ain sangat gembira melihat beberapa persembahan yang dipersembahkan... ...Ain mendapat tempat kedua bagi acara 3 kilometer kategori peserta kerusi roda perempuan. Teruja Ain semasa menerima hadiahnya berupa wang tunai RM150. Alhamdulillah, rezeki Ain......Selain Ain seorang lagi peserta dari Persatuan Boccia Selangor yang menang ialah Muaz tempat ke 3 untuk kategori kerusi roda lelaki......Sampai rumah Ain sempat posing sebelum masuk rumah. Seronok dia dapat hadiah tu...