Pada 3 & 4 Ogos saya bersama beberapa wakil dan penggerak Boccia negeri-negeri menyertai kursus di Spastic centre PJ anjuran Persatuan Boccia Malaysia. Kami dilatih utk hal-hal berkaitan boccia...iaitu
Referee, Linesman & Timekeeper Couse.
Kami belajar cara menguji bola dan ramp, mengetahui peraturan-peraturan pertandingan, pengendalian masa dalam pertandingan, latihan menjadi pengadil dan penjaga lines...Kami juga turun padang sebagai pemain utk praktikal keseluruhan apa yg diajarkan...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..