ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
06 Ogos, 2019
Santai di Kolam Renang Air Bergaram Home Spa Ice Therapy
Selasa 6 Ogos 2019 saya membawa Ain ke Home Spa Ice Therapy (CVT)...tempat Ain buat rawatan alternatif. Seronok sangat Ain sebab sudah agak lama juga kami tidak datang ke sini. Lihatlah keceriaan Ain menerusi foto-foto dan video-video yang saya lampirkan di sini........
...Hari ini Ain kelihatan lebih berkeyakinan melakukan aktiviti renang lentang (backstroke) tanpa pelampong lengan...Usai berenang saya membeli produk-produk keperluan Ain... Pada semua saya mohon tolong doakan Ain tetap sihat sejahtera ya, aamiin...