Throwback..Julai 2019. Saya bertekat mencuba aktiviti menyelam di kolam renang Recreational Hub at Tropicana Heights Kajang. "Tanpa keberanian manakan mungkin impian jadi nyata..." Kalau Ain mampu buat, takkanlah saya takut pula kannnn... Percubaan pertama... Alhamdulillah, rasa taknak keluar kolam je. Hohoho... TQVM Kid Scuba DiveTeam...mr. Syed Abd Rahman, mr. Fadli dan coach Azizi...
...Sabtu 17 Ogos 2019 sekali lagi saya menyelam, tapi kali ini penyelaman discovery di Pusat Latihan Maybank, Bangi. Alhamdulillah, saya berjaya melakukan aktiviti ini biarpun ada rasa gementar untuk menyelam di kedalaman 4 meter. Apatah lagi bila berlaku desingan di telinga akibat perubahan tekanan udara yang membuatkan rasa kurang selesa. Aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang menguji keupayaan saya tapi sangat menyeronokkan. Jika saya mampu melakukannya, mengapa tidak anda. Jom kita scuba......Mungkin suatu hari nanti saya berkesempatan menyelam di laut pula...mudah-mudahan, aamiin. Tanpa keberanian manakan mungkin impian jadi nyata...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..