25 April, 2020

Aktiviti Ain Hari Ini

Sabtu 25 April 2020 bersamaan 2 Ramadhan 1441 H. Aktiviti hari ini (اکتيۏيتي هاري اين)...latihan berjalan...
......Bila penat Ain berehat. Mujur Crocodile walkernya ada disediakan tempat duduk......Kemudian Ain berjalan semua sehingga sesi latihan berjalan selesai...
 
...Petangnya dalam jam 4 petang, hujan turun dengan lebatnya...

20 April, 2020

Berlatih Berjalan Lagi

Ahad 19 April 2020...Harini keluar rumah utk latihan berjalan......Penat berjalan Ain duduk berehat...___Ini video asal...
    
...Akhirnya sampai depan pintu rumah...Ain berehatlah weh!!! PENATTTTT...

13 April, 2020

Ain Terima Sumbangan Barangan Keperluan Dari JKM

Hari ini Sabtu 11 April 2020 kami menerima tetamu dari JKM Subang Jaya. Terima kasih kepada pihak JKM yang datang menghantar barang-barang ini untuk OKU di bawah seliaan mereka, Alhamdulillah. Saat PKP ini ramai yang terjejas pendapatan termasuk kami. Justeru itu saat ini kena bijak berbelanja. Beli apa yang perlu dan penting saja...jangan membazir. Mesti berjimat cermat. Kami diarah oleh kerajaan duduk di rumah hingga 28 April 2020. Terpaksa redho dan sabar, Walaupun sebenarnya banyak yang dirindukan. Ya Allah...padaMU kami memohon Semoga covid-19 ini cepat berlalu pergi dari kehidupan kami. Semoga kami semua dalam lindunganMU Ya Allah, aamiin......Suka Ain dapat barang-barang tu. Senyum lebar dia.

10 April, 2020

Buat Latihan Berjalan lagi

Jumaat 10 April 2020, sekali lagi Ain buat aktiviti latihan berjalan. Mula-mula Ain jalan dalam kawasan laman rumah saja, kemudian Ain bergerak ke luar kawasan rumah..Barulah luas dan jauh sikit jalanan Ain. Sungguh PKP yang bersambung-sambung ni membataskan aktiviti semua orang termasuk Ain. Banyak yang kami tidak dapat buat. PKP akan bersambung hingga 28 April 2020. Semoga covid-19 ini cepat lenyap dari kehidupan kami, aamiin..._____
  
___...Gigih Ain berjalan. Segala kekuatan digunakannya kerana kawasan taman perumahan kami berbukit-bukit. Malah nak masuk kawasan rumah pun berbukit...lihatlah Ain dah duduk kerana kepenatan sangat.