10 April, 2020

Buat Latihan Berjalan lagi

Jumaat 10 April 2020, sekali lagi Ain buat aktiviti latihan berjalan. Mula-mula Ain jalan dalam kawasan laman rumah saja, kemudian Ain bergerak ke luar kawasan rumah..Barulah luas dan jauh sikit jalanan Ain. Sungguh PKP yang bersambung-sambung ni membataskan aktiviti semua orang termasuk Ain. Banyak yang kami tidak dapat buat. PKP akan bersambung hingga 28 April 2020. Semoga covid-19 ini cepat lenyap dari kehidupan kami, aamiin..._____
  
___...Gigih Ain berjalan. Segala kekuatan digunakannya kerana kawasan taman perumahan kami berbukit-bukit. Malah nak masuk kawasan rumah pun berbukit...lihatlah Ain dah duduk kerana kepenatan sangat.