23 Februari, 2020

Training Frame Football...Syoknya Harini Sebab Dapat Jumpa Artis.

Sabtu 22 Februari 2020, Syoknya harini sebab dapat jumpa artis...drama TV3 'Maaf Tak Indah'......Usai latihan kami berkumpul meraikan artis drama Maaf Tak Indah iaitu Azar Azmi dan Mizz Ayuna. Azzar belanja kami KFC..tq tq tq......Pastinya sambil menjamu selera kami ambil peluang bergambar. Bergambar dengan artis le weh, hohoho......Ain juga sempat bergambar berdua dengan Mizz Ayuna dan Azar......Kami mak-mak pun turut bergambar juga...

21 Februari, 2020

Selepas Dua Bulan Berehat Dari Aktiviti Berkuda

Alhamdulillah, hari ini Jumaat 21 Februari 2020 saya membawa Ain untuk aktiviti joyride di Kelab Rimba Seri Kembangan. Aktiviti bermula jam 9.30 pagi. Pemilik stable kuda (encik Rosman) dan anaknya (Awin) mengendalikan sesi pertama Ain berkuda di situ. Bukan main seronok Ain..riuh mulutnya......Sampai-sampai mestilah posing dulu weh!!!......Jam 10.05 pagi sesi berkuda selesai. Sempat bergambar dengan Awin.._____________
.....Jom kita tonton video Ain sedang ride...