26 April, 2023

Ronda Santai di Raya keempat

... 4 Syawal Rabu 26 April 2023, kami berkonvoi beraya ke rumah uci acu di Gopeng, kemudian terus ke rumah ayah Kamil di Kampar dan rumah tokRi di Desa Perwira Ipoh. Malangnya kami terlupa bergambar..makan dan berbual sebab lama tak jumpa_________________ Video di tiktok...

25 April, 2023

Raya Ketiga

3 Syawal bersamaan Isnin 24 April kami beraya di rumah abang ayah Ain di batu Gajah. Dalam kereta sempat posing dengan anak saudara Ain......Untung Ain ada anak sedara yang rajin suap wanNyah nya..yummy.....Posing di rumah opah sementara menunggu untuk gerak beraya rumah sedara mara. Ain dan adik sedara (anak acu Lyn)......Kemudian kami berkonvoi beraya pula di rumah kakak saya di Taman Bersatu Simpang Pulai. Kami dijamu bihun sop tulang...
...Gelagat Zara anak kepada kakak saudara Ain

24 April, 2023

Salam Aidil Fitri

Alhamdulillah tahun ini dapat beraya seperti dulu sebelum hadirnya covid. Ain sampai rumah opah pada Rabu 19 April... ...Raya (1 Syawal 1444) jatuh pada hari Sabtu 22 April 2023. Sebelah pagi saya, adik & ayah Ain serta adik lelaki & adik ipar saya menunaikan solat sunat Aidil Fitri di masjid berhampiran...
...Usai menerima tetamu yang hadir beraya di rumah opah Ain petangnya (selepas Asar) kami berkonvoi ke rumah adik opah Ain di Kampung Cik Zainal Chemor. Sebelum tu kami posing-posing raya dulu di laman rumah opah...

16 April, 2023

Riadah Renang Dan Beli Produk CVT

Sabtu 15 April 2023 bersamaan 24 Ramadan 1444 saya dan Ain ke Home Spa Ice Therapy. Kami sampai dalam jam 2.30 petang. Usai memaklumkan kehadiran kami kepada staff CVT, kami terus ke kolam renang air bergaram yang berada di ruang belakang home spa. Masuk ke bilik mandi, tukar pakaian, kemudian...apa lagi, masuk kolam le. Tapi sebelum tu saya membaca doa pendek dan melakukan simple regangan pada Ain......Rakaman video Ain berenang dengan cerianya... ...Video versi mengapungkan diri...Ain sangat yakin diri dah. Alhamdulillah.... ..Jarang-jarang ambil gambar sendiri so harini saya belanjalah tiga keping gambar swafoto...
...Jam 3.15 petang kami keluar dari kolam......Sementara menunggu staff farmasi menguruskan pembelian produk, saya snap beberapa keping foto Ain......Jam 4.14 petang kami gerak menuju Glamarie untuk mengambil adik Ain yang habis kerja jam 4. Jarak dari Home Spa dengan tempat kerja adik Ain dalam 15 minit saja. Kerana bimbang sangkut jalan jem, kami singgah Domino's beli pizza untuk juadah berbuka dan kami sampai rumah jam 5.45 petang...