ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
14 April, 2023
Swimming sesi pertama.
Isnin 10 April 2023 bersamaan 19 Ramadan
1444, Ain mula buat aktiviti berenang (hidroterapi) di bawah program oku Scuba Kids di Tropicana Aman Recreational Hub. Kelihatannya Ain suka sakan weh! Alhamdulillah......Harini saya melatih Ain menggunakan pelampung lengan dan foam swimming pool noodle......Video-video Ain sedang beraktiviti. Ada beberapa versi. Enjoy sangat dia...
...Tengok wajah Ain tu..happy sesangat weh...... ...Usai mandi baru dia rasa sejuk. Terus bawa Ain ke bilik mandi dan tukar pakai pakaian kering. Kemudian kami siap-siap untuk balik rumah...