Sabtu 15 April 2023 bersamaan 24 Ramadan 1444 saya dan Ain ke Home Spa Ice Therapy. Kami sampai dalam jam 2.30 petang. Usai memaklumkan kehadiran kami kepada staff CVT, kami terus ke kolam renang air bergaram yang berada di ruang belakang home spa. Masuk ke bilik mandi, tukar pakaian, kemudian...apa lagi, masuk kolam le. Tapi sebelum tu saya membaca doa pendek dan melakukan simple regangan pada Ain......Rakaman video Ain berenang dengan cerianya... ...Video versi mengapungkan diri...Ain sangat yakin diri dah. Alhamdulillah.... ..Jarang-jarang ambil gambar sendiri so harini saya belanjalah tiga keping gambar swafoto...
...Jam 3.15 petang kami keluar dari kolam......Sementara menunggu staff farmasi menguruskan pembelian produk, saya snap beberapa keping foto Ain......Jam 4.14 petang kami gerak menuju Glamarie untuk mengambil adik Ain yang habis kerja jam 4. Jarak dari Home Spa dengan tempat kerja adik Ain dalam 15 minit saja. Kerana bimbang sangkut jalan jem, kami singgah Domino's beli pizza untuk juadah berbuka dan kami sampai rumah jam 5.45 petang...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..