25 Jun, 2021

Entri yang Kelewatan - Majlis Penyampaian Insentif

Selasa 9 April 2019, saya dan Ain hadir ke majlis Penyampaian insentif Kontinjen Selangor Para Sukma XIX, Perak 2018 di De Pulma Hotel Shah Alam......Sebenarnya Ain baru saja beransur pulih selepas 3 hari berada di PPUKM kerana rawatan dan cabutan gigi. Ain masih belum boleh makan makanan yang keras-keras. Beginilah urusan rawatan dan cabutan gigi untuk OKU CP seperti Ain..kena masuk dewan bedah..dibius dan gigi dicabut lebih dari sebatang. Kali ini 4 batang gigi geraham Ain dicabut sebab ada kerosakan (lubang). Untuk kes gigi OKU CP seperti Ain...tiada istilah tampalan gigi, alasan yang Doktor beri..takut tampalan gagal......https://ain-kauyangteristimewa.blogspot.com/2019/04/masuk-wad-untuk-cabutan-rawatan-gigi_5.html?m=1...
...Ain yang bawa balik cek besar ni sebab kawan-kawan boccia Ain semua bergegas balik ke Pusat Perkembangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan untuk kejohanan Serkit Boccia. Kali ini Ain tidak menyertainya kerana selepas balik dari Temasyar Para Sukma di Perak, Ain tak sihat dan pada 1 Disember 2018 tu Ain dapat sawan selepas 10 tahun pulih dari serangan sawan. Atas nasihat Doktor, Ain perlu direhatkan dari aktif bersukan...Doktor menjangkakan Ain terlalu penat. Latihan dan pertandingan yang memungkinkan Ain stress dan dapat sawan. Alhamdulillah, sejak dapat sawan pada 1 Disember 2018 hingga hari ini Jumaat 25 Jun 2021 Ain bebas dari sawan. Saya berharap Ain akan pulih sepenuhnya...aamiin...... https://ain-kauyangteristimewa.blogspot.com/2019/01/ujian-sakit-di-penghujing-tahun.html?m=1

Entri yang kelewatan : Gambar-gambar Kenangan masa PARA SUKMA di Perak tahun 2018

November 2018 saya dan Ain bersama menyertai kontinjen negeri Selangor untuk PARA SUKMA XIX di Ipoh, Perak. Bermula dari majlis penyerahan bendera hinggalah majlis penyampaian pingat. Boccia Selangor telah berjaya menduduki tempat pertama dari keseluruhan negeri yang menyertai pertandingan sukan Boccia. Saya sedih kerana hanya gambar-gambar ini yang saya dapat. Banyak gambar dan video semasa temasya sukan itu ada disimpan dalam laptop saya yang sudah rosak 😭😭😭. Ok ini gambar di Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Selangor Para Sukma XIX Perak 2018......Gambar semasa menunggu bas untuk bertolak ke Perak......Ini pula sedikit gambar semasa temasya Para Sukma......Saya dan Ain diberi peluang menghadirkan diri di majlis makan malam yang dianjurkan oleh pihak tuan rumah (Perak darul Ridzuan) bagi meraikan kehadiran kontinjen negeri -negeri yang hadir bertanding. Majlis diadakan di Casuarina-Meru Hotel. Abang dan kakak ipar Ain sempat datang menemui kami...
...Menunggu acara penyampaian pingat...