ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
13 Jun, 2021
Ahad 13 Jun 2021, hari ini kambing-kambing dilepaskan setelah sekian lama berada di dalam kandangnya. Kegembiraan hidup bebas...habis semua kawasan halaman dijelajah mereka. Habis juga pokok dimakan dan dilanyak. Si ibu pula mula lupa anak...si anak tercari2 dan berlari mengejar siibu. Hahaha...lupa diri semua. Ain pula suka melihat gelagat mereka. Mulanya Ain memerhati dari atas rumah saja, kemudian saya membawanya turun ke laman rumah... ...Telatah si anak...