25 Jun, 2021

Entri yang kelewatan : Gambar-gambar Kenangan masa PARA SUKMA di Perak tahun 2018

November 2018 saya dan Ain bersama menyertai kontinjen negeri Selangor untuk PARA SUKMA XIX di Ipoh, Perak. Bermula dari majlis penyerahan bendera hinggalah majlis penyampaian pingat. Boccia Selangor telah berjaya menduduki tempat pertama dari keseluruhan negeri yang menyertai pertandingan sukan Boccia. Saya sedih kerana hanya gambar-gambar ini yang saya dapat. Banyak gambar dan video semasa temasya sukan itu ada disimpan dalam laptop saya yang sudah rosak 😭😭😭. Ok ini gambar di Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Selangor Para Sukma XIX Perak 2018......Gambar semasa menunggu bas untuk bertolak ke Perak......Ini pula sedikit gambar semasa temasya Para Sukma......Saya dan Ain diberi peluang menghadirkan diri di majlis makan malam yang dianjurkan oleh pihak tuan rumah (Perak darul Ridzuan) bagi meraikan kehadiran kontinjen negeri -negeri yang hadir bertanding. Majlis diadakan di Casuarina-Meru Hotel. Abang dan kakak ipar Ain sempat datang menemui kami...
...Menunggu acara penyampaian pingat...