28 April, 2021

Pokok Sekah di Rumah Opah Ain

Tragedi beberapa dahan pokok rambutan sekah akibat hujan lebat dan angin yang kuat pada hari Sabtu 24 April 2021 (rumah opah Ain). Harini Rabu 28 April...settle dibersihkan. Jalan depan rumah opah Ain dah boleh lalu 🤲. Kayu pokok rambutan ni boleh buat bakar lemang, tapiiii...seperti tahun lepas, tahun ni juga kami tidak dapat rentas negeri beraya di kampung kerana kes covid yang meningkat. Anak-anak, menantu-menantu dan cucu cicit opah tak dpt balik kampung. Kesian Opah berpuasa dan beraya sorang-sorang lagi tahun ni...😭😭😭...

Kembali Semula ke Nur Ain Agro Farm

Hari ini Sabtu 24 April 2021, saya, suami dan Ain bertolak dari Seri Kembangan menuju ke Nur Ain Agro Farm. Rentas kami tidak haram kerana dilakukan melalui proses rentas yang mematuhi syarat. Setiap kali kami balik, anak saudara iaitu abang saudara Ain yang menjaga dan mengurus Nur Ain Agro Farm akan diberi cuti untuk pulang ke rumah ibunya. Kami akan mengambil aleh tugas menjaga dan mengurus Nur Ain Agro Farm. Seperti biasa Ain jadi big boss le.....Esoknya seawal pagi, Ahad 25 April, tugasan bermula.........Kerana tidak upaya membawa Ain ke kandang kambing, ayah Ain membawa seekur dari anak kambing ke port lepak Ain. Walaupun di wajah Ain ada rupa cuak tapi nampak Ain sangat teruja melihat anak kambing yang saya namakan si puteh...... ... ______Isnin 26 April 2021, kami membersihkan kawasan tanaman pokok nepier sambil diperhatikan oleh Ain yang turut bersama...... ...Kemudian saya membawa Ain ke port lepak Ain kerana sudah sampai masa aysm itik nak makan........._____Selasa 27 April......Usai sambung kerja pembersihan kawasan pokok nipear, kami beredar ke port Ain... Ok