04 April, 2021

Aktivito Menarik Hari Ini

Setiap detik yang berlalu pasti meninggalkan satu kesan abadi. Itulah yang dilalui anak-anak Syurga Akudakids‼️ Sabtu 3 April 2021, kami turun lagi ke Spectrum untuk aktiviti Akuda Kids. Dimulai dengan bacaan doa oleh abang Sairi. Diikuti pula aktiviti light stretching / exercise. Semua yang hadir ceria je... ......Kemudian kami beredar ke Stable untuk aktiviti membersihkan stable. Sebelum itu kena keluarkan kuda dari stable dulu. Inilah masa untuk belajar pasang headcollar......Usai Mystar, Zarra dan Sanja dibawa keluar dari stable, kami pun memulakan tugas pembersihan......Kami menambah sawdust (habuk papan) ke lantai stable.........Dah siap keje kami bawa kuda-kuda ke stable latihan. Aina lead Zarra. Ain dan Aleeya mengiringi Aina dan Zarra......Sebelum meneruskan aktiviti berikutnya, kami bersarapan sebab perut masing-masing sudah berlagu keroncong . Lepas sarapan, moh kita terus aktiviti... ...Buat pertama kalinya kami melakukan aktiviti lunging. Seronok rupanya tapi ada rasa pening sikit bila pusing-pusing tu. Pastu kamu buat aktiviti bagi kuda makan carrot dan santai-santai dengan kuda......Kemudian sampailah masanya aktiviti yang menjadi kesukaan Ain dan Aleeya iaitu lead Zarra. Kegembiraan dan keterujaan mereka berdua terserlah. Si Sanja juga turut memeriahkan suasana mengiringi kami. Riuh rendah gambaran kegembiraan yang tak mampu dijelaskan dengan perkataan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga aktiviti ini berjalan dengan lancar..Terima kasih abang Sairi, terima kasih puan Nur Syuhada...terima kasih semua... ...Aktiviti hari ini diakhiri dengan menghantar MyStar, Zarra dan Sanja masuk semula ke stable mereka dan kami bergambar ramai-ramai...
... Nampak kesedihan di wajah Mystar, Zarra dan Sanja bila kami ucapkan selamat tinggal dan bagitau kita akan lama baru dapat jumpa semula sebab aktiviti Akuda Kids akan berhenti sepanjang bulan Ramadan...