06 April, 2021

Santai di Nur Ain Agro Farm

Usai aktiviti Akuda Kids pada Sabtu 3 April 2021..petangnya kami gerak ke Nur Ain Agro Farm atas urusan penternakan. Alhamdulillah... urusan kami berjalan dengan lancar. Pagi Ahad 4 April..Ain bersarapan di kampung......Tengaharinya saya membawa Ain turun rumah lepak di tempat  khas yang dibuat dengan menggunakan duit Ain. Seronok sungguh Ain dapat memerhatikan ayam itik makan.... ..

...Sementara Ain duduk lepak, saya ke kandang kambing. Saya hendak ambil video dan gambar kambing untuk tunjukkan pada Ain. Bukan tak nak bawa Ain ke kandang tu, tapi saya tak upaya nak dokong Ain naik tangga kandang kambing......_____________Isnin 5 April 2021, pagi ini Ain bersarapan behun goreng dan dia makan sendiri tanpa bantuan......._________Selasa 6 April 2021, Ain duduk santai di port lepaknya..._________Khamis 7 April 2021, Ain ambil angin petang. Sementara tu saya meninjau tapak lapangan memanah yang dirancang nak buat. Beberapa batang tiang sudah didirikan. Harap lepas raya nanti tapak memanah ini dah siap dan boleh digunakan untuk kami buat aktiviti sunnah memanah...aamiin