Jumaat 17 April 2021, kami tiga beranak (saya, suami dan Ain) mengunjungi CVT/Home spa Ice Therapy. Hari ini ayah Ain ikut...Moh kita tengok aktiviti Ain dalam kolam...
...Ain mengutip daun yang jatuh dalam kolam. Itulah kebiasaan yang dibuatnya bila ada daun-daun jatuh dalam kolam renang... ...Usai berenang saya masuk ke dalam Home Spa untuk membeli produk keperluan Ain. Alhamdulillah, hari ini saya mendapat hamper pemberian dari Prof.NW/CVT sempena Ramadan 2021. Masa itu Ain sudah dibawa ayahnya ke kereta , jadi sampai rumah baru dia mengetahui pasal hamper tu. Bila dia tengok hamper tu, seronok sangatlah dia. Saya tanya, ini siapa punya? Ain terus jawab, nyah (panggilan orang Perak untuk anak nombor dua) sambil tersengeh tak sudah. Moh tengok gelagat Ain dengan hampernya... ......Seronoknya Ain dpt hamper CVT RAMADAN 2021. Alhamdulillah, terima kasih Prof.NW..Terima kasih CVT. Terima kasih juga kpd Perawat-Perawat yang pernah merawat Ain dari tahun 2008/2009 hingga kini. Budi baik Prof, semua Perawat dan Staff CVT/Home Spa Ice Therapy sentiasa dikenang. Semoga Allah melimpahi rahmatNYA buat semua, aamiin. Salam Ramadan Al- Mubarak. Maaf zahir dan batin. Dari Ain sekeluarga ❤️❤️❤️
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..