25 Mei, 2020

Sambut Syawal Di Rumah Saja.

...Ahad 1 Syawal 1441 bersamaan 24 Mei 2020 merupakan hari raya yang sangat berbeza kerana PKPB kami umat Islam dan semua rakyat jelata masih tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing. Sedih sangat sebab selama ini, rutin sebelum tiba hari raya kami sekeluarga sudah berada di kampung. Kami bergotong royong menyediakan juadah untuk sambutan hari raya. Namun Syawal kali ini sangat hambar dan menyedihkan. Jauh dari kaum keluarga di kampung...jauh dari opah dan abang Ain sekeluarga. Justeru itu kami hanya dapat berbual melalui video call sahaja. Ini gambar Ain sedang melayan video call dari acu Lyn yang berada di wad PPUKM kerana demam denggi, abang dan opah di Perak, pak Mi di Klang serta pak Su di Bertam Pulau Pinang.....Pagi ini kami makan lemang yang dibeli bersama rendang tok yang saya masak...
...Ini pula ucapan hari raya shortcut dari Ain....
 ...Esoknya raya ke dua saya, Ain, Aisyah dan ayah Ain masih beraya di rumah...
...Petangnya hari hujan, hujan rahmat...