18 Mei, 2020

Perjumpaan Santai Untuk Satu Misi

Alhamdulillah...setelah tertangguh beberapa ketika di ikuti pula PKP...akhirnya hari ini Sabtu 16 Mei 2020 bersamaan 23 Ramadhan 1441 kami dapat berkumpul untuk perbincangan santai. Sementara menunggu Dr. Rosmina dan anakandanya sampai, Ain sempat bergambar bersama pemilik SSC iaitu puan Nur Syuhada yang datang menyambut kehadiran kami......Kami sempat berkenalan dan bergambar dengan My Star......Kemudian kami ke ruang kantin untuk sesi perbincangan santai......Usai perbicangan kami bersantai-santai pula mengenali pony/kuda milik SSC. Saya agak sedikit terharu kerana pony/kuda bernama Zarra ini seakan-akan CARAMEL kuda pertama Ain......Terima kasih kepada pihak SSC puan Nur Syuhada Dan bakal jurulatih terapi berkuda Ain kerana menjemput kami untuk sesi perbicangan santai ini. Harapan kami semoga apa yang dirancang akan Allah permudahkan dan kami berjaya mewujudkan program terapi berkuda, aamiin. Bagai kata puan Nur Syuhada, "Merentasi masa dlm sebuah impian adalah syarat sebuah kejayaan. Terima kasih atas kunjungan mesra insan ISTEMEWA cik Ain Ramadhania, cik Asma Aina, dan Cik Ziana, kalian adalah insan dlm episod yg telah tercipta..."