30 Mac, 2021

Salam dari kami...

Assalamualaikum. Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Saya kurang selesa bila terpaksa mengemaskini blog dengan menggunakan hp...lapptop saya rosak, belum dapat dibaiki lagi... Alhamdulillah...Pagi ni Selasa 30 Mac saya mulakan dengan mendoakan semua pengikut blog ini dilimpahi rezeki..dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta semoga ceria- ceria selalu, aamiin......Semalam Isnin 29 Mac 2021, kali pertama kami bawa Ain ke pasaraya di Subangjaya. Lebih setahun kami tak datang ke sini sejak munculnya covid-19. Lihatlah! Bukan main seronoknya Ain dapat mengunjungi tempat ini sambil mencari barang-barang keperluannya. Kami tidak mengambil masa yang lama kerana agak bimbang juga hendak berlama-lamaan di sini. Usai membeli apa yang diperlukan kami pun beredar segera. Sempatlah snap beberapa keping gambar ain...

28 Mac, 2021

Aktiviti Pertama Akuda Kids

... Hari ini Sabtu 27 Mac 2021, kami memulakan aktiviti pertama kami bersama volunteers Sairi dan Ariya. Usai pembukaan aktiviti kami beredar ke bahagian belakang Spectrum untuk membersihkan stable my Star, Zarra dan Sanja......Kemudian kami berhenti rehat dan bersarapan pagi sebelum menyambung kerja mandikan kuda... ...Usai memandikan kuda dengan bantuan kami...Aleeya dan Ain bergilir lead Zarra dengan diiringi si Sanja......Aktiviti terakhir ialah menyediakan makanan my Star, Zarra dan Sanja... Inilah team stable hari ini...
...Harapan kami semoga Sabtu hadapan dan hari- hari Sabtu seterusnya agar semua peserta aktiviti Akuda Kids ini lebih meriah lagi dengan kehadiran kesemua peserta....aamiin

27 Mac, 2021

Santai di Nur Ain Agro Farm - Part 2

Khamis 25 Mac 2021, pagi ini saya bawa Ain turun lepak kat port dia. Seronok Ain tengok itik berebut-rebut makan..... ...Saya pula ke kandang kambing melihat perkembangan anak-anak kambing yang baru lahir.........

24 Mac, 2021

Destinasi Pastinya Nur Ain Agro Farm - Part 1

Jam 3 petang, Isnin 22 Mac 2021 kami sampai di kampung saya iaitu Kg. Tekah Baru. Kami singgah sekejap rumah emak saya (opah Ain) untuk melihat keadaannya. Kesian opah Ain sunyi tinggal sorang-sorang. Anak-anak, menantu-menantu, cucu-cicit semua tak boleh rentas negeri balik kampung. Mujurlah kami dapat rentas kerana urusan penternakan...rumah opah Ain sehala ke Nur Ain Agro Farm...jadi bolehlah singgah sekejap ziarah....tanya khabar dan belikan barang-barang keperluannya...tapi SOP tetap dijaga. Takda dah salaman, peluk cium...duduk pun jauh-jauh. Udoh grope orang asing je weh‼️ Allahuakbar...ujian sungguh......Kemudian kami beredar menuju ke Nur Ain Agro Farm di Layang-Layang Kanan Parit Perak. Perjalanan cuma mengambil masa 40 minit ke 1 jam saja. Sampai je terus tengok projek tempat lepak Ain......Signboard pun dah siap pasang. Inilah jalan masuk ke Nur Ain Agro Farm. Senang je nak cari......Pagi esoknya Selasa 23 Mac bermulalah jelajah tengok binatang-binatang ternakan...... ...Harini Rabu 24 Mac lahir 2 ekor anak kambing. Cantik bulunya...... ...
...