Jam 3 petang, Isnin 22 Mac 2021 kami sampai di kampung saya iaitu Kg. Tekah Baru. Kami singgah sekejap rumah emak saya (opah Ain) untuk melihat keadaannya. Kesian opah Ain sunyi tinggal sorang-sorang. Anak-anak, menantu-menantu, cucu-cicit semua tak boleh rentas negeri balik kampung. Mujurlah kami dapat rentas kerana urusan penternakan...rumah opah Ain sehala ke Nur Ain Agro Farm...jadi bolehlah singgah sekejap ziarah....tanya khabar dan belikan barang-barang keperluannya...tapi SOP tetap dijaga. Takda dah salaman, peluk cium...duduk pun jauh-jauh. Udoh grope orang asing je weh‼️ Allahuakbar...ujian sungguh......Kemudian kami beredar menuju ke Nur Ain Agro Farm di Layang-Layang Kanan Parit Perak. Perjalanan cuma mengambil masa 40 minit ke 1 jam saja. Sampai je terus tengok projek tempat lepak Ain......Signboard pun dah siap pasang. Inilah jalan masuk ke Nur Ain Agro Farm. Senang je nak cari......Pagi esoknya Selasa 23 Mac bermulalah jelajah tengok binatang-binatang ternakan...... ...Harini Rabu 24 Mac lahir 2 ekor anak kambing. Cantik bulunya...... ...
...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..