30 Mac, 2021

Salam dari kami...

Assalamualaikum. Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Saya kurang selesa bila terpaksa mengemaskini blog dengan menggunakan hp...lapptop saya rosak, belum dapat dibaiki lagi... Alhamdulillah...Pagi ni Selasa 30 Mac saya mulakan dengan mendoakan semua pengikut blog ini dilimpahi rezeki..dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta semoga ceria- ceria selalu, aamiin......Semalam Isnin 29 Mac 2021, kali pertama kami bawa Ain ke pasaraya di Subangjaya. Lebih setahun kami tak datang ke sini sejak munculnya covid-19. Lihatlah! Bukan main seronoknya Ain dapat mengunjungi tempat ini sambil mencari barang-barang keperluannya. Kami tidak mengambil masa yang lama kerana agak bimbang juga hendak berlama-lamaan di sini. Usai membeli apa yang diperlukan kami pun beredar segera. Sempatlah snap beberapa keping gambar ain...