ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
31 Julai, 2022
Pertemuan Selepas 14 Tahun Berlalu
Tetiba pada jam 11.55 pagi 30 Julai 2022 (Sabtu) saya mendapat panggilan dari seseorang yang suati waktu dulu memperkenalkan CVT kepada saya. Bersungguh-singguh beliau memberikan info berkaitan CVT. Beliau adalah cikgu Nordin...guru fizio terapi Ain semasa Ain di PKKI Hulu Langat. InsyaAllah..petang ni beliau plan nak datang menziarahi Ain selepas 14 tahun berlalu. Bagi saya ini ibarat hadiah/anugerah sempena hari ini hari Ma'al Hijrah, 1 Muharram 1444H... Cikgu Nording datang bersama isteri dan anak-anaknya..Alhamdulillah, dapat jumpa semula...selepas cikgu Nordin berhenti kerja 24 jam sebagai fizio terapi part time di PKKI Hulu Langat Cheras...
26 Julai, 2022
22 Julai, 2022
Latihan Santai
Khamis 21 Julai 2022, Ain buat latihan berjalan dan latihan mengendali kerusi roda bermotor........ ...Kemudian Ain buat latihan boccia. Harini Ain kurang mematuhi arahan. Ada ketikanya, begitulah gelagat Ain...sabor jelaaa 😂😂😂😂...
19 Julai, 2022
16 Julai, 2022
Ke Home Spa Ice Therapy/CVT
Keyakinan dirinya semakin tinggi...الØمد لله...Cubaan untuk berenang tanpa menggunakan pelampong lengan masih diusahakan. Semoga satu hari nanti Ain akan berjaya buat, aamiin. #bayangkankemungkinan. Rabu 13 Julai 2022, Ain beriadah di kolam renang
Home Spa Ice Therapy/CVT......
......
......
12 Julai, 2022
Jalan-Jalan di Mydin Subang Jaya
Rabu 6 Julai 2022, kami (saya, suami, Ain dan Aisyah) ke Mydin Subang Jaya. Sebelum shopping di Mydin kami singgah dulu makan nasi ayam penyek......Usai makan kami gerak ke pasaraya Mydin. Lama sungguh kami sekeluarga tak datang shopping sini...... ...Video TT...
04 Julai, 2022
01 Julai, 2022
Langgan:
Catatan (Atom)