31 Julai, 2022

Pertemuan Selepas 14 Tahun Berlalu

Tetiba pada jam 11.55 pagi 30 Julai 2022 (Sabtu) saya mendapat panggilan dari seseorang yang suati waktu dulu memperkenalkan CVT kepada saya. Bersungguh-singguh beliau memberikan info berkaitan CVT. Beliau adalah cikgu Nordin...guru fizio terapi Ain semasa Ain di PKKI Hulu Langat. InsyaAllah..petang ni beliau plan nak datang menziarahi Ain selepas 14 tahun berlalu. Bagi saya ini ibarat hadiah/anugerah sempena hari ini hari Ma'al Hijrah, 1 Muharram 1444H... Cikgu Nording datang bersama isteri dan anak-anaknya..Alhamdulillah, dapat jumpa semula...selepas cikgu Nordin berhenti kerja 24 jam sebagai fizio terapi part time di PKKI Hulu Langat Cheras...