10 Oktober, 2019

Don't Panic We Are Special - Pulau Bidong Terengganu Part 4 (Hari Terakhir - 6 Okt.2019)

Ahad 6 Oktober 2019, hari terakhir kami di Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong. Selepas sarapan kami mengambil kesempatan bergambar untuk kenang-kenangan......Diikuti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran. Kemudian kami membawa barang-barang kami ke pantai. Bot telah sedia untuk membawa kami pulang ke tanah besar. Terasa sedih untuk meninggalkan Pulau Bidong yang indah ini. Sebelum beredar sekali lagi kami bergambar......Sampai masa untuk meninggalkan pulau...sedihnya...Selamat Tinggal Pulau Bidong. Ada rezeki kami datang lagi...
Sampai saja di Jeti Merang, airmuka Ain sudah berubah...muka orang tak nak balik. Jom tengok mimik wajah Ain......Bila ditanya kepada Ain, kita balik rumah kita ya! Ain masam muka. Saya tanya lagi, Ain nak tidur rumah kita ke nak tidur hotel? Ain jawab, hotel. Hohoho...confirm muka masam kerana tak nak balik. Sememangnya Ain sangat gembira dengan aktiviti di Pulau Bidong. Setelah bersalaman, kami pun meninggalkan Jeti Merang. Memandangkan hari masih awal untuk daftar masuk penginapan kami jalan-jalan mengikut laluan pantai......Kami singgah makan tengahari di sebuah restoran berhampiran Pantai Rusila kerana kami memilih untuk menginap di Ce'Wer Chalet...