11 September, 2022

Diveheart Charity Dinner

Alhamdulillah...Selasa 6 September 2022 saya dan Ain menghadirkan diri di Diveheart Charity Dinner yang berlangsung di Talia World Subang. Sebelum tu kami berdua beranak singgah di Home Spa Ice Therapy (CVT) untuk mengambil hadiah cabutan bertuah semasa Majlis Ilmu Dan Hi-Tea CVT......Usai itu kami bergerak ke Talia World dan kami sampai awal. Sengaja saya bajed sampai awal walaupun jemputan bermula  jam 7 malam kerana saya kurang mahir jalan area majlis itu. Kami lepak dan posing-posing di luar dulu......Setelah beberapa tetamu sampai, saya membawa Ain masuk ke dalam dewan dan kami di tempatkan di meja no.4...
...Jam 7.25 malam muncullah wajah-wajah yang ditunggu-tunggu. Wah....segak bergaya mr. Jim Elliott Founder & Presiden Diveheart International. Bersama beliau ada juga Y.bhg. Dato' Hajjah Nuzarina binti Sepran (Caunsellor of Persatuan Gagasan Sukarelawan SeMalaysia, Chairman of the WANITA PERKIM PERMATA AMPANG)......Usai bergambar dgn Dato', Mr. Jim datang berjumpa dengan Ain dan tetamu-tetamu yang lain. Rasa sedih pula sebab esok mr. Jim akan balik ke negaranya. saya bagitau Ain..."Pagi esok mr. Jim nak balik rumah dia.". Airmuka Ain berubah. Matanya kemerahan tanda-tanda airmatanya nak keluar...ketara sangat riaksi wajah Ain. Saya tahu Ain sedih......Setelah tetamu-tetamu VIP sampai, majlis dimulai doa, diikuti ucapan alu-aluan dari Ybhg.Dato' Hajjah Nurzarina, Professor Dr.Nazirah Hasnan p.c.m.(Diveheart Medocal Advisor & Director PPUM) dan ucapan pembukaan dari mr. Jim Elliott. Usai itu pemotongan kek dan diikuti nyanyian lagu kebangsaan 'Negaraku' dan jalur gemilang...
...Usai itu dinner in pun dimulakan......Sambil makan kami disajikan dengan beberapa slide aktiviti scuba dan dihiburkan dengan beberapa persembahan. Bila ada muzik dan nyanyian Ainlah yang terlebih enjoy 😂😂😂. Lupa diri dia weh! Sabor jelaa tengok gelagat Ain malam ni 😂😂😅
......Terhibur kami dengan gelagat artis dengan para hadirin...paling seronok tengok part ajar ikut langkah bersilat. Juga part mr. Jim menari. Klik video di bawah. Best kan...pandai mr. Jim menari....

...Sebelum bersurai kami bergambar buat kenangan...
... Akhir kalam...Tqvm pada pihak penganjur, Kapt.Syed dan semua yang terlibat melaksanakan Charity Dinner ini...tqvm. Semua happy- happy aje terutama si Ain tu. Dia dah terlebih happy. Apa-apa pun, Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar.