04 September, 2022

Majlis Ilmu & Hi-Tea CVT

Sabtu 3 September 2022, saya dan Ain menghadiri Majlis Ilmu dan Hi-Tea CVT di Mardhiyyah Hotel dan Suites......Saya dan Ain kelewatan sikit dari target sampai ke hotel berkenaan kerana berlaku kesesakan/jem di susur masuk ke tol Subang Jaya akibat adanya sebuah lori pasir terbalik yang mengakibatkan jalan tinggal satu lorong saja. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah...kami selok-selok sampai je. Acara baru nak bermula......Topik ilmu hari ni bertajuk, Pendekatan dan Memahami Lebih Mendalam Susunan dan Konsep Sistem struktur Tubuh Melalui Kaedah Getaran Cahaya Dan Tanda-Tanda Warna. Akhir Zaman Amat Dekat: Persediaan Menghadapi Wabak Yang Lebih Bahaya.Oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab....Usai majlis ilmu, cabutan bertuah untuk hadiah 2 utas jam tangan dilakukan. Alhamdulillah, Ain mendapat satu dari hadiah itu. Bukan main seronoknya Ain bila namanya di sebut......Punyalah dia nak bergambar tu board hadiah pun dia tak pegang. Kesian Dr.Zainal yang tolong pegang. Saya pula berdiri di belakang Ain...😂😂😂 ...Sesi bergambar...

....Inilah hadiah cabutan bertuah yang telah Ain terima...