03 September, 2022

Jumpa mr. Jim di Tropicana Aman Recreational Hub

Khamis 1 September 2022 saya dan Ain ke Tropicana Aman Recreational Hub untuk meraikan kedatangan mr. Jim Elliott Presiden Diveheart. Atas budi baik Duta Diveheart Malaysia Kapt.Syed Abd Rahman, Ain diberi peluang lagi menyelam menggunakan full face mask bersama tiga orang lagi anak istimewa. Selain Kapt.Syed dan mr. Jim...aktiviti petang ini dibantu oleh Ketua Diveheart Borneo Ernest C. Teo dan Sukarelawan Diveheart dari PGSS (Pertubuhan Gagasan Sukarelawan SeMalaysia) serta Pasukan CDERT (Civil Defense Emergency Response Volunteer Team)...

...Sementara menunggu giliran, Ain memerhatikan aktiviti kawan-kawan...
...Tiba giliran Ain bukan main seronok lagi dia. Macam biasa, tersenyum lebarlah dia. Saya turut turun kolam membantu apa yang perlu... ...Usai aktiviti kami masuk ke ruang rehat sambil menikmati juadah yang di sediakan. Kemudian sesi bergambar......Dapat cenderahati dari mr. Jim...
...Sebelum kami bersurai, saya berbual-bual santai dengan sukarelawan dan Ain sempat mendengar nyanyian dari artis Ezlynn (Azline Ariffin)...Tqvm to all ❤️❤️❤️