ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
11 Mei, 2022
Dari Perak Balik ke TBS
Selasa 10 Mei 2022 (9 Syawal 1443), Sebelum bertolak balik ke Taman Bukit Serdang kami dua beranak bersarapan dulu. Pagi ni opah Ain masak nasi goreng dan saya sediakan minuman kopi Aqlan. Macam biasa Ain mestilah nak minum kopi aqlan ais......Usai bersiap dan kemas barang-barang masuk kereta kami gerak balik dalam jam 11.45 pagi dan sampai TBS jam 2.30 petang......Sampai rumah Ain buat-buat tak nak turun kete pula 😂😂😂...