25 Mei, 2022

Motivasi Diri & Santai Kindyland Tropicana Aman Recreational Hub.

Nur Ain bukanlah siapa-siapa. Ain anak istimewa yang banyak kelemahan dan kekurangan...namun segala kelemahan dan kekurangan itu bukanlah alasan untuk duduk tanpa berbuat apa-apa. Ain masih boleh menjalani apa-apa saja aktiviti mengikut keupayaannya. Selagi ada peluang dan ruang...jangan biarkan ia berlalu tanpa mengambil dan mencubanya. Sesunguhnya ia terpulang kepada kemahuan dan kesunguhan masing-masing. Di mana ada kemahuan..di situ pasti ada jalan dan PASTI ALLAH permudahkannya, aamiin. Jangan jadikan ketidak upayaan itu sebagai halangan untuk mencuba. Positifkan minda dan bangkit berusaha...kerana pada setiap diri itu ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing...BANGKIT dan CARI!!! Semoga kita berjaya dan hebat dengan cara kita...Semoga perkongsian posting ini memberi manafaat...mudah-mudahan..#AinKauYangTeristimewa #anugerahTerindah #fikirPositif...... ...Ain di Kindyland Tropicana Aman Recreational Hub pada Selasa 24 Mei 2022. Alhamdulillah, akhirnya dengan izin-NYA, saya dan Ain sampai juga. Lama dah kami dijemput datang ke sini tapi sebab covid 19 dengan sop-sopnya, semuanya jadi tertangguh. Tqvm en. Syed jemput kami datang. Enjoy sakan Ain harini......Usai posing, kami siap-siap untuk turun kolam renang. Teruja sungguh Ain nak masuk kolam...