05 Mei, 2022

Menyambut Syawal

Tahun ini umat Islam berpuasa 29 hari sahaja. Anak bulan telah kelihatan pada malam Isnin 2 Mei. Ramailah yang belum membeli bahan-bahan untuk dimasak termasuk saya. Pagi 1 Syawal saya memasak rendang kambing terkejut raya namanya. Guna apa je bahan yg ada di dapur 😅😂... ... 1 Syawal (tengahari) saya, Ain dan adik Ain Aisyah balik beraya di rumah opah Ain. Ayah Ain datang sebelah malam selepas urusan di Nur Ain Agro Farm beres. Dua Syawal, pagi lagi ayah Ain balik ke Nur Ain Agro Farm. Saya, Ain dan Aisyah tinggal di rumah opah......Pagini ada sambutan birthday untuk anak saudara saya Syawal...... Petangnya kami gerak untuk kunjungan raya ke rumah uci acu di Gopeng kemudian singgah ziarah pusara nenek. Lepas tu terus ke Kg. Cik Zainal Chemur ziarah opah Yah....... Sebelum kembali semula ke rumah opah..kami singgah beraya di rumah Tok Ri di Desa Perwira Ipoh. Sampai rumah opah dah lepas maghrib. Kami tak banyak bergambar.. byk bersembang hihihi 😅 Tiga Syawal (4 Mei) pagini kami bersarapan nasi lemak...
...Tengahari kami bertiga beranak balik ke Nur Ain Agro Farm.