18 Disember, 2022

Melawat Aktiviti NGO di MEM

Sabtu 17 Disember 2022, selepas menghantar adik Ain ke tempat kerjanya di Glamarie...saya dan Ain bergegas pula ke Majlis Ekuin Malaysia untuk melihat Majlis Perasmian Arena Equine Assisted Therapy and Services (EATS). Alhamdulillah..jam 7.45 pagi kami sampai di situ...

...Dalam jam 8 pagi majlis bermula. Majlis dirasmikan oleh YAM Tengku Syarif Temenggung Perlis Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Chairman BOD MEM)...
...Usai majlis di ruang khemah utama, kami bergerak ke kawasan arena untuk gimik perasmian arena...
...Sementara menunggu sesi seterusnya di dalam bilik kelas, kami melawat kuda-kuda dan stable baru. Alhamdulillah, rezeki harini dapat jumpa encik Hazrin Chong Abdullah. Kami mengenali beliau sejak Ain kecil lagi dan beliau juga yang test untuk sijil O Level saya pada tahun 2016......Jam 10.30 kami masuk bilik kelas, dijamu nasi berlauk masak pedas daging. Usai itu aktiviti pelajar ahli Kelab Ekuin UKM pun bermula...
...Sebelum balik kami bergambar kenangan di kawasan arena......Ain merenung jauh...Di sana, mungkin ada harapan yang akan tertunai setelah 3 tahun tertangguh, mudah-mudahan..aamiin ya Mujib...