23 Disember, 2022

Sedikit sharing berkaitan terapi berkuda

Saya memang tiada sijil sebagai volunteer tetapi saya sudah terlibat membantu aktiviti terapi berkuda ini sejak beberapa tahun yang lalu..terutama tahun 2014 - 2019. InsyaAllah, Sedikit sebanyak saya tahu apa-apa yang berkaitan terapi ini. Saya sharing sedikit di sini...
Teknik menaikkan rider oku cp seperti Ain ke atas kuda...perlu ada 4 orang: Seorang pegang/kawal kuda. Dua orang angkat rider oku cp Seorang jaga/pegang pinggang rider dari belakang rider. Cara mengubah posisi rider untuk duduk menunggang kuda perlu berhati-hati. Setelah rider diletakkan atas kuda (gambar 1)......Setelah rider diletakkan atas kuda, kedua2 kaki rider diangkat, kemudian dipusing mengarah ke sisi kepala kuda. Kemudian orang yang berada di belakang rider..sambut/ambil kaki kanan rider sambil betulkan kedudukan duduk rider (gambar 2)......Selesai rider di atas kuda, aktiviti seterusnya cuma perlu 3 orang iaitu seorang lead kuda dan 2 orang side walk (gambar 3)......Aktiviti ini mesti dibuat di tempat yang sesuai serta dipantau oleh mereka yang berkemahiran. Alhamdulillah...saya sudah mengambil sijil O LEVEL pada tahun 2016 sebagai salah satu dari syarat untuk melakukan aktiviti terapi berkuda ini...