26 Disember, 2022

Balik Kampung dan Hadiri Kenduri

Jam 3 petang Jumaat, 23 Disember 2022 saya tiga beranak bertolak balik ke Perak. Kereta dipandu oleh adik Ain 'Aisyah'......Kami bermalam di rumah opah Ain. Harini pertama kali kami dapat jumpa adik Raykal iaitu Rayyan yang baru nak masuk usia 2 bulan. _______________________________ Sabtu, 24 Disember 2022...kami bergerak ke Bagan Datuk untuk menghadiri majlis walimatulurus kawan ayah Ain......Jam 3 petang kami beredar dari majlis menuju ke SABDA (Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh) sekolah lama adik Ain dan ronda-ronda sekejap di pekan Bagan Datuk......Kemudian kami singgah sekejap di tempat bersejarah negeri Perak iaitu Jeti Beting Beras Basah...
Dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar saya sempat snap beberapa permandang kiri kanan jalan...
...Jam 7.00 kami sampai rumah.