ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
22 April, 2022
Tetiba kembali ke RDA POLO CLUB
Alhamdulillah harini Khamis 21 April Ain dan geng bekas rider dipanggil hadir ke POLO CLUB untuk perjumpaan sambil ambil video atas kuda dan interview dengan Anak dan parents bagi projek SUCSESS STORY. Sampai je depan pintu masuk utama Polo Club...Ain sudah teruja. Walaupun sudah 2 tahun lebih tidak datang sini Ain masihingat tempat ni......Harini saya akan ditemubual oleh cik Ziana. Usai sesi video temubual kami berkumpulbdi arena untuk sesi ambil video rider naik kuda...... ... ...Selesai semua rider naik kuda kami semua masuk dalam arena untuk sesi bergambar ramai-ramai......Sebelum balik saya dan Ziana mengambil video Ain sedang berjalan di lapangan parking kereta ahli club... ...