27 Julai, 2023

Meraikan Kawan-kawan Boccia Ain.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun slowdown dari terlibat dengan Persatuan  Boccia Selangor... Hari ini Isnin 24 Julai 2023 saya dan Ain dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan boccia Ain di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan Kuala Lumpur buat meraikan mereka yang terlibat dengan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Sukan Boccia - Sirkit 1 21 (Julai hingga 26 Julai 2023). Kelihatannya Ain sangat gembira..rasa sebak pula saya melihatnya kerana dalam situasi sekarang sukar sekali untuk Ain buat comeback kerana penilaian kelayakan kali ini sangat ketat tidak seperti sebelum ini ada kelonggaran. Malah ada beberapa orang kawan boccia Ain yang tidak lepas dalam penilaian kelayakan tersebut. Kesian mereka kerana duduk jadi pemerhati saja......Pagi ni Ain sempat melihat pertandingan BC3 male antara Yusuuf vs Vickneshwaran dan BC2 male antara Dale vs Amir Mustaqim. Manakala sebelah petangnya BC4 male antara Halim vs Mohd Rizuwan..._______Selasa 25 Julai, kami datang lagi meraikan kawan-kawan boccia yang bertanding hari ini...BC3 male Yusuuf vs Andeson Lai dan BC4 male Halim vs Mohamad Hanafi. Harini sempat posing dengan kawan-kawan boccia......Sebelum meninggalkan PKSP Kg.Pandan bergambar lagi...